Wednesday, 2 August 2017

Seni Pertahankan Diri

بسم الله ما شاء الله ، بسم الله الرحمن الرحيم ..

Sebagai seorang wafidat yang datang untuk belajar di negara orang, kita kena ada defend untuk diri sendiri untuk mengelakkan diri drpd sebarang kemungkinan atau perkara yang di luar jangkaan contoh yang boleh dikemukakan berdasarkan kekerapan masalah yang dilapor di unit hisbah dan pengalaman teman sendiri selama 4 bulan di bumi kinanah ni ialah peragut, penculik, dan gangguan seksual. Bagi pelajar baru macam teman ni, memang tak kenallah perangai rakyat negara ni macam mana.

Jadi dengan sebab itu dan berbekalkan pengalaman buruk yang terjadi kat diri aku ni, aku merelakan diri bersama hati yang berkobar kobar untuk menjatuhkan segala ammu yang kurang diajar kat Mesir ni untuk menyertai seni mempertahankan diri, yeahhh. Kat Mesir ni kalau untuk akhawat tak banyak pun perkakas pertahankan diri tu, yang ada ialah silat gayung dan taekwando sahaja.

Tarikh paling terdekat ialah silat gayung iaitu pada 02/08/2017 dan aku jenis orang yang tak reti sabo jadi aku pun join lahh aktiviti yg terawal iaitu silat lahhh.. wuhuuu.

Hari pertama, harini.. ofcourse belajar yang asas dulu iaitu kekuda depan belakang, tumbuk dan sembah. Ok, kelas silat setiap rabu, siap sedia jiwa raga untuk latihan akan datang. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment