Monday 7 August 2017

Minion'17 oleh Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir

Bumi pantulan

Bismillahirrahmanirrahim, bismillahitawakkaltualallah

Duduk di Mesir mengajar kita untuk cepat bersangka baik dengan orang lain.

Jumpa orang berpakaian selekeh, jangan dipandang calang-calang. Terkadang dalam beg mereka tersimpan 1 hingga 2 Master. Bahkan kekadang sampai 1-2 PhD.

Jumpa orang berkeluarga di tepi jalan, jangan cepat sangat tertimbul perasaan jijik dalam hati. Terkadang mulut mereka lebih banyak berselawat memuji Baginda Nabi SAW berbanding mulut kita yang selalu berzikir memuji diri.

Kalau duduk di Mesir tetapi mulut selalu cepat nak memaki orang lain, tangan suka menulis komen-komen yang menyakitkan orang membaca dan hati terlalu cepat suka merendah-rendahkan orang lain, itu bermakna diri kita masih belum cukup belajar daripada bumi Mesir ini sendiri.

Duduk di Mesir sebenarnya banyak mendidik diri. Jika kita selalu memandang dengan hati, bukan dengan mata yang terkadang tidak memahami.

Di copypaste dari
Amirul Azmeer Asmadi,
Yang sentiasa belajar.

Wednesday 2 August 2017

Seni Pertahankan Diri

بسم الله ما شاء الله ، بسم الله الرحمن الرحيم ..

Sebagai seorang wafidat yang datang untuk belajar di negara orang, kita kena ada defend untuk diri sendiri untuk mengelakkan diri drpd sebarang kemungkinan atau perkara yang di luar jangkaan contoh yang boleh dikemukakan berdasarkan kekerapan masalah yang dilapor di unit hisbah dan pengalaman teman sendiri selama 4 bulan di bumi kinanah ni ialah peragut, penculik, dan gangguan seksual. Bagi pelajar baru macam teman ni, memang tak kenallah perangai rakyat negara ni macam mana.

Jadi dengan sebab itu dan berbekalkan pengalaman buruk yang terjadi kat diri aku ni, aku merelakan diri bersama hati yang berkobar kobar untuk menjatuhkan segala ammu yang kurang diajar kat Mesir ni untuk menyertai seni mempertahankan diri, yeahhh. Kat Mesir ni kalau untuk akhawat tak banyak pun perkakas pertahankan diri tu, yang ada ialah silat gayung dan taekwando sahaja.

Tarikh paling terdekat ialah silat gayung iaitu pada 02/08/2017 dan aku jenis orang yang tak reti sabo jadi aku pun join lahh aktiviti yg terawal iaitu silat lahhh.. wuhuuu.

Hari pertama, harini.. ofcourse belajar yang asas dulu iaitu kekuda depan belakang, tumbuk dan sembah. Ok, kelas silat setiap rabu, siap sedia jiwa raga untuk latihan akan datang. Wallahua'lam

Tuesday 1 August 2017

Hari ketiga sempena USMB

Hari yang indah adalah hari yang dihiasi dengan zikir dan selawat.

Nak pegi masjid azhar, tapi bas takde.. Tunggu punya tunggu last² patah balik pegi hadiqah dauliah, and its was free guysss kalau tak kena bayar 5genih.,

Modul harini *berjiwa besar* isi yang padat dari musyrifah yang hebat ✨

Cari simkad di madinet nasr 💕

070417 | jumaat

Egypt DAY2

Asirr fresh and the only one 😙 لذيذ 😘 sampai hilang suara 😂😭 jus buah yang pure buah tanpa pewarna dan gula tambahan InsyaAllah, taktahu berapa kali ulang alik minun asirr ni haa. Muka masing masing suci murni lagi almaklumlah adik adik baru kan, jadi juruh japp, eh InsyaAllah juruh selamanyaa. A beautiful day.

060417 | khamis

Firstday in Egypt

Yeahhh, tanggapan aku terhadap mesir 100% salahhhh, jauhhhh dan memang berbeza.. Yaa 👆 qairo airport.. Setanding dgn KLIA chaa. Ngatuk siaa sampai² terus kena tadah telinga dengar taklimat, huhuhu.. Tpi takpe sb layanan senior yg first class tu, aku sanggup 👏 ok dahhh get ready untuk imtihan qabul esok. Goodnite, sambung esok. Miss MALAYSIA so much! Goodnite Hati 💕

050417 | rabu

Ahlan wasahlan fi Ardul Kinanah.

KERANA MESIR BUKAN SEPERTI ITU

Kalau kamu rasa selesa dengan kitab kuliah berwarna, siap ada peta minda lagi. Di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa aman dengan giliran kamu tidak dipotong semasa beratur untuk membayar yuran kuliah atau membeli buku. Di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa selamat dan pemandu berhemah dijalanan, maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu sentiasa dikelilingi dengan peniaga yang sentiasa merai dirimu. Menjaga hati mu bak diraja. Di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa selesa dengan suhu negeri mu, maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu boleh duduk selesa di kerusi bas yang kamu naiki, maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau di negeri mu, hanya sekadar bayar sewa maka selamatlah penempatan kamu, di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu berjanji  dengan warganya dan akan ditunaikan sesuai dengan tempoh yang dijanjikan. Maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa kamu memang dipihak yang benar dan dia salah. Kalau masuk mahkamah confirm kita menang, maka Mesir bukan seperti itu.

Dan banyak lagi negeri ini tidak sama dengan negeri mu.

Cuma, apabila kamu suka kepada cabaran. Dan mahu cepat masak dan matang, maka negeri ini akan mendidik diri mu. Akan mencabar sifat sabar mu. Akan menguji daya tahan mu. Akan menguji keilmuan mu.

Walaupun setiap hari rasa nak marah. Setiap hari jugalah kita akan semakin mencintai negeri ini.

Pesan orang lama " Orang yang membenci Mesir, dia tidak akan kekal lama di sini. Paling malang, pengajiannya gagal kerana tidak tahan diuji"

Berusahalah sehingga kita jatuh cinta akan bumi mehnah dan ujian ini.