Tuesday, 1 August 2017

Ahlan wasahlan fi Ardul Kinanah.

KERANA MESIR BUKAN SEPERTI ITU

Kalau kamu rasa selesa dengan kitab kuliah berwarna, siap ada peta minda lagi. Di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa aman dengan giliran kamu tidak dipotong semasa beratur untuk membayar yuran kuliah atau membeli buku. Di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa selamat dan pemandu berhemah dijalanan, maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu sentiasa dikelilingi dengan peniaga yang sentiasa merai dirimu. Menjaga hati mu bak diraja. Di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa selesa dengan suhu negeri mu, maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu boleh duduk selesa di kerusi bas yang kamu naiki, maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau di negeri mu, hanya sekadar bayar sewa maka selamatlah penempatan kamu, di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu berjanji  dengan warganya dan akan ditunaikan sesuai dengan tempoh yang dijanjikan. Maka di Mesir bukan seperti itu.

Kalau kamu rasa kamu memang dipihak yang benar dan dia salah. Kalau masuk mahkamah confirm kita menang, maka Mesir bukan seperti itu.

Dan banyak lagi negeri ini tidak sama dengan negeri mu.

Cuma, apabila kamu suka kepada cabaran. Dan mahu cepat masak dan matang, maka negeri ini akan mendidik diri mu. Akan mencabar sifat sabar mu. Akan menguji daya tahan mu. Akan menguji keilmuan mu.

Walaupun setiap hari rasa nak marah. Setiap hari jugalah kita akan semakin mencintai negeri ini.

Pesan orang lama " Orang yang membenci Mesir, dia tidak akan kekal lama di sini. Paling malang, pengajiannya gagal kerana tidak tahan diuji"

Berusahalah sehingga kita jatuh cinta akan bumi mehnah dan ujian ini.

No comments:

Post a Comment